Life Changing Company

Kami berkahwin pada 2011. Nama aku Muhammad Nazri Bin Abd Hamid (30 Tahun) dan isteri ku Ellisna Dewi Binti Irwan (31 Tahun) . Di awal perkahwinan kehidupan kami mula teruji dengan dugaan kewangan yang sangat tenat. Ditambah pula dengan kehidupan di kotaraya Kuala Lumpur ini cukup mencabar buat kami.

Selepas tamatnya belajar (Diploma) di IPTS aku mula menyedari sukarnya mendapatkan pekerjaan walau sudah berkali-kali aku mencuba. Keputusan telah ku buat, aku memilih untuk berniaga secara kecil-kecilan. Seawal usia ku 20an aku berjinak-jinak dengan perniagaan haiwan ternakan iaitu arnab dan haiwan perliharaan lain.

 

Bermula dengan hobi, aku mula serius sehinggakan aku mampu mengimport baka arnab dari negara luar termasuklah dari USA, Indonesia dan juga Singapura. Perniagaan ku mula berkembang apabila dari menjual secara online aku keluar membuka premis di Uptown Danau Kota. Sales aku pernah mencecah RM3,000 satu malam ketika itu.

Dari duit berniaga aku berjaya mengumpul duit kahwin dan menamatkan zaman bujang ku pada usia 24tahun. Langit tak selalunya cerah, dugaan menimpa kami sejurus sahaja kami berkahwin. Perniagaan aku telah ditipu dan kerugian semasa itu menjangkau RM100,000 tatkala usiaku baru sahaja menjengah 25 tahun.

 

Isteri aku berkelulusan Degree, namun begitu pendapatan RM2,500 menampung kami berdua memanglah paras hidung. Mana tidaknya dengan kereta, rumah dan makan di Kuala Lumpur ni 2 minggu pun sudah habis. Selepas itu anak sulung aku dilahirkan. Pasangan mana tidak seronok bila mendapat rezeki cahaya mata? Namun dalam keseronokan itu terpahat di dalam hati kecil kami mana nak cari duit membesarkan anak ini?

Isteri ku telah melepaskan pekerjaannya disebabkan syarikat tempatnya bekerja tidak membenarkan isteri ku bercuti lama. Buat pengetahuan semua, semasa melahirkan anak sulung ini komplikasi telah berlaku memaksa isteri ku ditahan wad selama 1 bulan lebih bagi memantau kandungan sebelum beranak.

 

Nak discaj kan isteri dan anak aku dari hospital pun aku tak mampu ketika itu. Terpaksa meminjam dari ibu dan juga kawan-kawan. Malu sungguh aku malu. Betapa “looser” seorang bapa yang tidak mampu memberi keselesaan kepada anak dan isterinya.

 

Allah itu Maha Kaya! Aku dipertemukan semula dengan seorang jurujual penapis air yang ibu ku beli selepas 5 tahun dahulu. Masih aku ingat semasa ibu ku membeli penapis air dari beliau dan tidak sangka langsung aku berjumpa dengan kakak yang aku panggil Kak Ram.

Kak Ram datang ke rumah ibu ku dengan niat ingin menjual produk penapis air model baru bagi menggantikan model lama di rumah ibu. Terkeluar dari mulut ku bertanya “Akak masih jual Coway?”. Beliau membalas “Dah 5 tahun dan masih lagi dik”. Aku mula kagum ya lah dari 5 tahun dulu dia datang dengan berkereta tempatan dan hari ini dia datang dengan kereta Mercedes.

 

Rupanya Kak Ram dah jadi pengurus di Coway. Oh patut lah dah 5 tahun pun berlalu. Kak Ram adalah orang yang memperkenalkan aku dengan dunia kejurujualan Coway. Dari hari pertama aku di Coway aku diajar dengan tanggungjawab baru di mana aku belajar menguruskan tempahan pelanggan yang semakin hari semakin ramai.

 

Seronok aku di Coway sebab tugas aku hanya menjual produk tanpa perlu mengeluarkan modal seperti bisnes aku yang dulu! Pendapatan juga dibayar mengikut model apa yang aku jual. Bermula dari RM350 seunit sehingga mencecah RM1500 seunit komisyen yang dibayar terus memasuki akaun.

Dan yang lebih menarik pemasangan dan juga servis produk aku tak perlu kisahkan lagi kerana ada “department” lain yang akan menguruskannya demi kepuasan pelanggan. Akhirnya hutang aku berjumlah RM100k itu dapat aku selesaikan selama 12bulan aku di Coway (M) Sdn. Bhd. Aset pertama aku iaitu sebuah rumah kos rendah berjaya aku miliki.

 

Atas pencapaian yang memberangsangkan aku dinaikkan pangkat ke level Manager pada usia ku 1 tahun di Coway. Syukur alhamdulillah atas rezeki dan pertemukan aku dengan Coway. Bulan Oktober 2017 adalah ulangtahun yang ke-4 aku di sini. 13 buah negara telah aku kelilingi iaitu:-

  1. Singapura
  2. Indonesia
  3. Thailand
  4. China
  5. Macau
  6. Japan
  7. Korea
  8. England
  9. Germany
  10. Belgium
  11. New Zealand
  12. Netherland
  13. France

Boleh rujuk Travel Blog aku : www.nazrihamid.com

Kini aku memiliki seorang lagi anak melengkapkan 4 orang keluarga kecil ku mengembara terus melihat keindahan bumi Allah ini. Dari seorang yang tidak punya apa-apa hanya berbekalkan dengan semangat dari keluarga aku berjaya membina sebuah pasukan jurujual yang kuat dan berdaya saing.

 

Sehingga kini aku mempunyai anak buah di dalam pasukan jurujual seramai lebih dari 300 orang dan mungkin ada yang mempunyai pengalaman yang lebih kurang dengan aku pada 4 tahun dahulu. Aku sentiasa bersiap sedia menerima kawan baru yang memerlukan bantuan mengubah diri dan juga kehidupan.

Akhir kata, aku mengajak pembaca di luar sana untuk bersama-sama aku di sini untuk kita mengubah kehidupan yang lebih baik. Langkah pertama untuk mengubah kehidupan adalah memilih untuk tidak berdiri statik di mana anda berdiri sekarang. Ayuh hubungi aku sekarang!

 

Jika berminat menyertai kami sila tinggalkan maklumat anda untuk kami hubungi!

Tinggalkan maklumat untuk kami hubungi

 

Verification

 

 

CSTEAM

Kekosongan : FULL TIME / PART TIME

 

“Nama saya Muhammad Nazri, Coway Health Manager dari Coway HQ dengan pengalaman 8 tahun menguruskan tempahan melebihi 1500 unit sebulan bersama Coway Sales Team No1 ‪#‎CSTeam. Dan sehingga kini kami masih lagi belum boleh menampung permintaan hangat dari seluruh rakyat Malaysia!

>>> PELUANG UNTUK ANDA!<<<

 

ADAKAH ANDA TERGOLONG DALAM :-

– Berpendapatan kurang dari RM5,000 sebulan??
– Komitmen bulanan melebihi INCOME??
– Suka pada bisnes DROPSHIP??
– SURIRUMAH tangga sepenuh masa??
– Sedang mencari SIDE INCOME??
– Suka bekerja mengikut MASA sendiri??
– Mempunyai HUTANG yang tiada penyelesaian??

Jika KEJAYAAN itu berada di depan mata, apa yang hanya diperlukan adalah mulakan LANGKAHAN sahaja..”

Jangan takut sebelum bertindak kerana dengan tindakan menghasilkan keputusan..

>>>APA KEBAIKKAN MENYERTAI KELUARGA COWAY?<<<

 

SALES EXECUTIVE di HQ Coway (M) Sdn. Bhd. Kuala Lumpur menawarkan:-

Pekerjaan berpersekitaran LAIN dari lain!
Tiada bos anda adalah BOS yang sebenar!
Cara KERJA yang anda sendiri tentukan!
PLATFORM kerja yang tersedia!
Kerja BERKUMPULAN berbeza seperti sales marketing lain!
Pembinaan KARIER juga ada!

 

Komisyen :-

Basic & Bonus Commission
Performance Incentive
Performance Allowance
Trip Incentive ( Dalam & Luar Negara)

 

>>>APA YANG ANDA DAPAT BERSAMA KAMI?<<<

Teknik PEMASARAN jualan yang lebih efektif dan berkesan!
Latihan dari segi FIZIKAL & MENTAL!
Suasana kerja BERKELUARGA!
Stress bertukar kepada POSITIF SIGN!
Lebih masa bersama KELUARGA!

ADAKAH ANDA TERGOLONG SEPERTI DI ATAS??

Hubungi saya untuk TEMUDUGA di:-
Coway (M) Sdn Bhd
LG, Wisma UOA II, No. 21, Jalan Pinang,
50450 Kuala Lumpur.

No Tel. – 018-666 5164 (Nazri Hamid)
No Tel. – 017-655 2528 (Ellisna Dewi)

Tinggalkan maklumat untuk kami hubungi

 

Verification